Sunday, January 31, 2010

Trip to Tasik Kenyir


Cerita bermula apabila sahabat lama ketika di Portsmouth, Faizal aka Jack memperlawa untuk turut serta trip tahunan staff PKNS. Pada kebiasaannya trip tersebut hanya terhad kepada staff PKNS tetapi kali ini kebetulan kekurangan beberapa ahli.

Seperti mengantuk disorong bantal gamaknya... tarikh cadangan ialah dari 11-13hb November 2009. Jadual di kalendar pun free so apa lagi, line clear lah.

Rombongan berkumpul di rumah Hj.Bakar di fasa 1, Bandar Baru Bangi. Selepas loading barang ke dalam kenderaan, doa dibaca dan kami pun bertolak. 1 x perdana, 1 x Nissan sarena dan 1 x storm.

Perjalanan mengambil masa hampir enam jam dan kami bersarapan di Kuala Berang dan terus berbelanja untuk stok makanan selama di atas boat house nanti.



Pasar pagi di Kuala Berang


Lebih kurang jam 9.00 pagi kami terus ke Stesen Janakuasa TNB Kenyir untuk menaiki boat house. Semua peserta rombongan dikehendaki mendaftar diri di pos pengawal sebelum dibenarkan masuk ke kawasan Tasik Kenyir DAM.


Jam 10.00 pagi perjalanan ke port memancing bermula. Kami diberitahu bahawa perjalanan ke destinasi akan mengambil masa hampir empat jam, maka masing2 mengambil kesempatan untuk melabuhkan tirai setelah semalaman berjaga di dalam kereta. Biarpun enjin motorbot melebihi 10 db aku cuba juga untuk melelapkan mata. Nak simpan stamina untuk malam ni.
Lokasi boat house berlabuh. Geram ni!

My favorite port!

Sebelum bertolak untuk acara casting.

Hasil setelah 2 hari 3 malam di kenyir.

Boleh disifat trip kali ni agak memuaskan walaupun takde toman yang naik. Hatta lebih kurang 100 ekor anak keli dibawa khas dari nun jauh di KL. Makan diboat house memang aku bagi kredit kat Hj. Bakar.. dan krew. Memang shedap. Semoga ada trip-trip lain yang boleh aku ketengahkan pada masa akan datang.












0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home