Monday, June 22, 2009

Umrah 2009

Pagi Di Jeddah
Assalamualaikum,

Perjalanan hidup kini telah sampai ke suatu destinasi. Cuti persekolahan pertengahan tahun 2009, 1hb Jun 2009-14hb Jun 2009 telah mencatat satu pengalaman yang amat bermakna bagi diriku. Kami sekeluarga ke tanah suci menunaikan ibadah umrah.

Memandangkan kesibukan kerja seharian, kami serahkan urusan tempahan pakej umrah kepada keluarga mertua yang turut serta. Lagipun mereka sudah biasa dengan ejen yang menguruskan umrah tersebut. Tambang umrah yang dikenakan oleh CS Travel Sdn. Bhd. pada musim cuti sekolah adalah sebanyak RM5490.00 seorang. Malangnya, kali ini penerbangan terpaksa dibuat melalui Biman Air. Dah banyak kali aku dengar berkenaan kelemahan Biman Air ni, dari semenjak aku student di UK dulu lagi. Biman Air memang terkenal dengan tambah murahnya tetapi servis yang low quality. Tapi aku tak menyalahkan sesiapapun... bagiku, asal sampai sudah.


Transit di Dhaka

Jadual penerbangan rupanya membawa kami untuk bermalam di Dhaka. melihat kota Dhaka, aku berbesar hati dilahir dan dibesarkan sebagai warga Malaysia.

Secara ringkas, bandarnya agak kucar kacir... kenderaan jarang benar aku lihat yang sempurna. Semuanya kemek-kemek dan semua pemandu di sana suka membunyikan hon. Ada satu ketika, anak aku membilang, jarak antara satu hon yang paling lama ialah lapan saat!




Bila terlihat warga bangladesh di sana, aku rasa mereka yang bekerja di Malaysia jauh lebih selesa. Dan satu perkara lagi, apa jua kerja yang mereka lakukan, baik mengayuh beca, menggali, longkang, maupun membina rumah, semunya berkain pelekat!

Satu perkara lagi yang aku perasan, penggunaan mesin di dalam industri pembinaan samada tiada atau paling minimum. Hatta, kerja-kerja seperti membancuh simen, mengangkut besi di buat secara manual.









Tiba di Saudi

Alhamdulillah...akhirnya tiba juga di tanah Arab Saudi. Selesai solat subuh, kami bertolak terus ke Madinah. Perjalanan mengambil masa hampir lima jam. Dalam keletihan sukar untuk ku melelapkan mata melayan permandangan indah padang pasir. ohh.. bergini keadaannya. Sungguh gersang sekali. Tambah lagi kini sudah hampir ke musim panas.


Kami tiba di lobi Hotel Fairus menjelang Zohor. Sejurus selesai meletakan beg-beg di bilik masing-masing terus kami bergerak ke Masjid Nabawi yang letaknya hanya di belakang hotel untuk mengerjakan solat zohor. Alhamdullillah, jarak hotel tidaklah jauh dari Masjid Nabawi yang tersergam indah.

Tiga hari pertama kami ditempatkan di Madinah, ketika itu juga kami dibawa melawat, ladang Kurma, Kilang pencetakan Al Quran, Masjid Kiblatain juga berbelanja di pasar kurma.

Makan, minum telah disediakan oleh pihak hotel. Tinggal lagi ruang makan tidak cukup untuk menampung bilangan pelawat yang hadir. So..siapa cepat duduk dulu. Otherwise, kena tunggu giliran.

























Berginilah keadaan buah kurma yang amat lebat sekali.












Menikmati teh panas (percuma) yang disediakan di ladang kurma.




Kurma ajwa- Spesis kurma yang di tanam oleh Rasullullah saw. Berbetuk sedikit kecil dan lebih bulat daripada kurma lain. Harganya dalam 60 rial/kilo merupakan spesis kurma termahal.

Oleh yang demikian, bila berada dipasar kurma, makanlah berapa banyak yang anda hendak kerana untuk merasa, pengunjung boleh menjamah secara percuma pelbagai jenis kurma dan manisan.










Bir AliB - Madinah. Ini tempat mengambil Miqat (mulai berpakaian Ihram) bagi yg melakukan perjalanan Haji dari arah Madinah.








Jabal Uhud -Bukit Memanah dimana ramai para syahid telah terkorban termasuk Syaidina Hamzah r.a.






Miqat di Jaronah



















Kota Mekah





Masjid terapung di Jeddah. Persinggahan terakhir sebelum ke berangkat ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Masjid yang terletak di perairan Laut Merah. Kelihatan warga Arab sedang bersantai hatta cuaca panas di waktu petang. ada yang bermain layang-layang diwaktu malam. Pertama kali ku lihat layang-layang dilengkapi lampu!















0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home